Cari @ Amanz

Kita akhirnya tiba ke hari terakhir 2022 dengan jayanya. Selepas dua artikel peranti terbaik sebelum ini, kini tiba giliran untuk Telefon Gaming Terbaik pula daripada kami. Telefon gaming ialah segmen yang semakin menarik kerana permua adalah segmen yang semakin berkembang kerana ia lebih popular berbanding konsol dan PC. Di bawah ialah tiga telefon gaming yang kami rasakan terbaik sepanjang tahun ini.


Kriteria Pemilihan

  • Spesifikasi kelas mercu.
  • Mempunyai pelbagai ciri tambahan gaming yang khusus
  • Hadir dengan inovasi baharu.
  • Dilancarkan pada tahun 2022.
  • Dijual secara rasmi di Malaysia.
  • Tiada had harga jualan.

Tempat Ketiga – Nubia Red Magic 7S Pro

Nubia RedMagic menggabungkan prestasi berkuasa cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen1 dan juga rekaan peranti yang menarik dan ciri-ciri yang unik untuk memberi pengguna pengalaman gaming yang paling mendalam.

Bahagian hadapan paparan peranti ini hadir dengan rekaan tanpa takuk, dimana kamera hadapan adalah menggunakan kamera bawah skrin yang dilindungi dibawah sebuah satu lagi skrin OLED. Ini membolehkan pengguna untuk mendapat pengalaman gaming tanpa halangan yang pastinya akan disukai ramai.

Di bahagian belakang, RedMagic 7s ini menyenaraikan pelbagai komponen yang dirumahkan, termasuklah cip Snapdragon 8+ Gen1, bateri 50k mAH, sistem penyejukan ICE 10.0 dan kipas penyejukan RGB yang berputar pada 20 ribu RPM untuk menyejukkan bahagian CPU.

Keunikan utama pada peranti ini ialah ia Redmagic Studio, iaitu sebuah perisian yang bukan sahaja menyiarkan paparan skrin kepada skrin yang lebih besar. tetapi menukar peranti anda menjadi sebuah pengawal permainan.

Spesifikasi: 6.67” AMOLED FHD+ HDR10+, 144Hz, Snapdragon 8+ Gen 1 4nm (1x 3.19 GHz Cortex-X2, 3x 2.75 GHz Cortex-A710, 4×1.80 GHz Cortex), 12/18GB RAM, storan 256/512GB, 64+8+2 Megapixel f/1.79+f/2.2+f/2.4 (Utama), 16 MP (Swafoto), 5000 mAh (65W), Android 12.

Harga: RM3999 (12/256 GB), RM4999 (18/512GB)


Tempat Kedua – Black Shark 5 Pro

Siri peranti BlackShark 5 dan Black Shark 5 Pro diperkenalkan pada pertengahan tahun ini, dimana Black Shark 5 Pro merupakan diantara peranti pertama Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 yang tiba di Malaysia.

Dari segi rekaan, Black Shark cukup terkenal untuk butang bahu fizikal yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai butang tambahan untuk permua-permua, tetapi juga untuk menetapkan butang-butang pintas yan boleh mengakses pelbagai fungsi peranti pintar ini.

Satu lagi kelebihan peranti ini ialah sokongan aksesori yang mana jika anda menaiktaraf ke peranti ini dari peranti Black Shark 4, aksesori-aksesori seperti kipas penyejuk dan pengawal permainan boleh digunakan pada peranti ini juga.

Dari segi prestasi, Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 memperlihatkan kemampuan yang jauh lebih hebat daripada Snapdragon 888 dan pengeluaran haba yang tidak seteruk CPU tersebut. Apabila digabungkan dengan kipas penyejuk FunCooler 2 Pro, peranti ini boleh beroperasi selama yang dimahukan tanpa sebarang isu pemanasan.

Tambahan kepada itu, siri peranti Black Shark 5 juga mempunyai aplikasi Shark-chan yang membolehkan anda meletakkan watak “pembantu maya” pada skrin halaman peranti anda untuk sedikit kelainan.

Spesifikasi: 6.67” AMOLED FHD+ HDR10+, 144Hz, Snapdragon 8 Gen 1 4nm (1 x 3.0 GHz Cortex-X2 + 3 x 2.5 GHz Cortex-A710 + 4 x 1.80 GHz Cortex-A510), 12 GB RAM, storan 256GB, 108+13+5 Megapixel f/1.8+f/2.2+f/2.4 (Utama), 16 MP (Swafoto), 4650 mAh (120W), Android 12.

Harga: RM3699 (12/256 GB), RM3999 (16/256 GB)


Juara – ASUS ROG Phone 6D

Pilihan juara telefon gaming terbaik untuk tahun 2022 sedikit unik, kerana anda mungkin menyangkakan bahawa ASUS ROG Phone 6 yang asal akan menjadi juara, tetapi pilihan kami kali ini ialah ASUS ROG Phone 6D yang dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek yang terbaru dan paling berkuasa setakat ini, iaitu MediaTek Dimensity 9000+.

Jika anda ingat akan ulasan ASUS ROG Phone 6 Ultimate kami, peranti ASUS ROG Phone 6D ini tampil dengan fungsi-fungsi yang sama, dengan beberapa perbezaan dari segi rekaan dan juga binaan. Ia tampil dengan rekaan rangka berwarna kelabu dan sistem penyejukan dalaman yang diperbaharui berbanding dengan model lama.

ASUS ROG Phone 6D dapat dilihat melalui prestasi peranti ini, di mana ia mencatatkan kadar bingkai yang tinggi dan sekata walaupun dengan tetapan grafik yang tinggi dalam permainan-permainan seperti PUBG Mobile, Mobile Legends, Genshin Impact, Nikke dan sebagainya.

Model ROG Phone 6 sebelum ini juga memperlihatkan prestasi yang hebat, tetapi apa yang membezakan kedua-dua peranti ini ialah bagaimana peranti ini berjaya untuk mengekalkan suhu yang rendah walaupun tanpa menggunakan aksesori penyejuk seperti AeroActive Cooler.

Spesifikasi: 6.78” AMOLED 165Hz, MediaTek Dimensity 9000+ 4nm (1×3.35 GHz Cortex-X2 & 3×3.20 GHz Cortex-A710 & 4×1.80 GHz Cortex-A510), 12GB RAM, storan sehingga 256GB, 50+13+5 MP (Utama), 12MP (Swafoto), 6000 mAh (65W), IPX8, Android 12.

Harga: Bermula RM3199 (12/256 GB)


Selesai sudah senarai Peranti Terbaik Amanz 2022. Semoga dengan senarai ini adalah lebih mudah bagi pembaca sekalian mencari telefon pintar gaming yang paling sesuai untuk keperluan seharian bergantung kepada harga, klasifikasi dan prestasi. Jumpa ada di tahun 2023 yang kami percaya akan menjadi tahun yang lebih menarik walaupun dijangka lebih mencabar kerana kekangan ekonomi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd