Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selepas tarikh keluaran Windows 7 RC menjadi teka-teki, kini beberapa laporan memperlihatkan Windows 7 RC bakal dilepaskan secara rasmi pada 5 Mei 2009. Satu halaman khas telah disediakan pada laman portal rakan Microsoft, yang mana mengatakan mereka sudah boleh memuat-turun Windows 7 RC.

Halaman Windows 7 RC [via]
Walaubagaimanapun, pautan tersebut masih membawa kepada laman muat-turun Windows 7 Beta sahaja, dan ianya masih belum dikemaskini lagi. Sama seperti versi Beta, Microsoft juga bercadang untuk membolehkan kesemua pengguna diseluruh dunia untuk memuat-turun Windows 7 RC pada suatu tarikh yang bakal diumumkan kelak. Pada 5 Mei 2009, para pembangun dan rakan niaga Microsoft bakal boleh mencuba Windows 7 RC terlebih dahulu sebelum ianya dilepaskan pada para pengguna.
Microsoft juga sebelum ini telah meminta para pengguna untuk memasang semula Windows 7 RC sebagai pemasangan baru, dan tidak mengemaskininya, walaupun terdapat beberapa cara untuk mengemaskini pemasangan Windows 7 Beta.
Bagi yang masih belum mencuba Windows 7, anda tidak perlu untuk memuat-turunnya melalui laman torrent, kerana tidak lama lagi, Microsoft bakal membolehkan para pengguna memuat-turun secara percuma melalui laman mereka, sama seperti yang mereka lakukan ketika versi Beta dahulu. Fungsi baru Windows 7 RC juga telah didedahkan Microsoft sebelum ini, ketika Windows 7 RC masih lagi dalam peringkat pembangunan.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
ianya percuma? sgt bagus..
nnt dah full version kena bayar lak kan.. huhu
semua hackers kena get ready utk produce the very first “Windows 7 Activation Crack”. Hehe
ko tlg cr drive compaq yg aku punya ttp aku nk xp…..
ko tanya lah bdk2 lam forum ko nie
wow bleh cuba ni, tp biasa la kene tunggu yg *** jer,nak wat camana kan!! kalau ada vista basic home ori lesen dia boleh guna untuk window baru ni ker? sbb vista pun sempat pakai satu malam jer tak best langsung hehehe