Honor 50 Mungkin Akan Dilancarkan Terlebih Dahulu Sebelum Huawei P50

Diterbitkan pada Apr 16, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas berpisah dengan Huawei, Honor telah melancarkan peranti baharu mereka – Honor V40. Peranti ini dijangka akan tiba ke pasaran global, tetapi masih tiada khabar lagi. Dengan perpisahan dari Huawei, Honor turut mengesahkan akan bekerjasama dengan Intel, Qualcomm dan untuk pengguna global akan kembali bekerjasama dengan Google. Honor juga akhirnya mempunyai kemampuan membuat keputusan sendiri, yang mana berhasrat untuk hadir dengan peranti mercu yang boleh bersaing dengan Apple.

Banyak juga rancangan Honor telah didedahkan seperti siri Magic akan bersaing dengan Huawei siri Mate dan P, Magic 3 mungkin dijana Snapdragon 888 dan Magic X pula peranti dengan skrin boleh-lipat pertama. Terkini, peniris terkenal mendedahkan yang Honor mungkin akan melancarkan Honor 50 sebelum Huawei melancarkan Huawei P50. Perkara ini tidak terkejut kerana masalah kekurangan komponen yang berlaku dan menjejaskan pelancaran banyak peranti dari pelbagai jenama. Honor mungkin telah lama hadir dengan pelbagai peranti, cuma belum bersedia dilancarkan.

Tidak pasti kenapa peranti Honor masih belum menembusi pasaran global lagi. Adakah kerana mereka menjalankan EMUI? Atau kerjasama dengan Google masih belum selesai? Semua peranti baru seperti Honor V40 Light dan Honor Pad 7 semuanya terhad di China sahaja. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami