Poco adalah sub-jenama Xiaomi yang menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi berkuasa pada harga lebih mampu milik berbanding pesaing. Sejak beberapa tahun ini, Poco tidak lagi menjadi jenama pembunuh peranti mercu tetapi menjadi jenama biasa yang menawarkan pelbagai peranti dari pelbagai kelas dan harga.
Terkini Poco mengumumkan kemaskini MIUI 14 berasaskan Android 13 untuk 11 peranti mereka. Peranti ini adalah Poco F4 GT, Poco F3, Poco F4, Poco X3 Pro, Poco M5, Poco M4 5G, Poco X4 GT, Poco X3 GT, Poco F2 Pro, Poco M3 dan Poco X3 NFC.

Kemaskini ini akan diedarkan bermula suku kedua tahun 2023 iaitu sepanjang bulan April, Mei dan Jun. Beberapa peranti sudah pun menerima kemaskini ini sejak beberapa minggu lalu. Jika sebelum ini peranti anda masih tidak menerimanya, selepas ini anda boleh terus semak OTA pada peranti kerana pengumuman ini adalah untuk kemaskin peringkas global.
Poco juga pernah berjanji yang peranti-peranti mereka akan menerima kemaskini selama 3 tahun secara konsisten. Adakah anda pengguna salah satu daripada 11 peranti ini? Adakah peranti anda sudah menerima kemaskini ini?